Adores

status:

im the one who has to die when its time for me to die, so let me live my life the way i want to :)

Tuesday, February 28, 2012

#ten

Assalamualaikum, remuk, patah hati, sayu YaAllah tolong aku. itu sahaja yang bermain dalam fikiran. Memang, akhir akhir ini aku pelik, aku rasa lain. Lain, tak sama macam dulu. banyak cabaran hidup. banyak benda yang tidak diduga datang menduga. YaAllah, aku tahu kau beri aku dugaan besar macam ni sebab kau tahu aku kuat kan YaAllah? YaAllah, tidak pernah terdetik sedikitpun, walau sebesar kuman pun untuk ku menyakitinya. Tapi? Aku robek hati dia.

yaAllah, hanya kau yang tahu tiada sedikit pun niat ku kan yaAllah? Aku faham, susah nak maafkan. sudah terlambat? sayang, tolonglah. sakit sangat ni, tak tipu, tak gurau manja pun. sakit sangat. Rasa menyesal. Rasa macam musnahkan impian diri sendiri. Pedih sangat, sebak dekat dada ni. sebak sangat sayang.

Aku duduk diam, teringat pandangan dia, kata-kata sayang dia, manja dia, rindu dia. yaAllah, sakit. Aku merayu padaMu. buka hati dia yaAllah, buka hati dia supaya dia sedar yang aku tak pernah lupa dia, tak pernah tak sayang dia. yaAllah, mungkin kalau terbuka peluang kali kedua, mungkin aku boleh jaga dia dengan lebih sempurna yaAllah. Aku sedar, pelangi sudah mula pudar dihapus gelap.

Tolong jangan pergi? permintaan pertama saya. awak tolong jangan tinggal saya? awak sanggup tengok saya macam ni? awak sanggup tengok saya sakit? sanggup tengok saya lemah? sanggup tengok saya tunggu awak pedih macam ni? saya berharap sangat, jangan bagi kata putus awak. Tapi kalau awak sanggup tengok saya pedih, tak apa, saya boleh tahan mungkin. demi awak.

Kat sini, saya nak mintak maaf, selama kita duduk gelak sekali, sedih sekali, morning wish hari-hari, goodnight wish hari-hari ini. saya selalu kasar kan? awak selalu sakit hati kan? no wonder kalau awak nak pergi pun sebab, saya tak pernah jaga awak sesempurna awak jaga saya tapi, saya memang sayang awak, janji saya tak tipu.

Awak jaga hati saya, lebih daripada awak jaga hati awak. saya perasan benda ni dah lama dah. saya memang takut. saya takut saya tak boleh jaga awak, tak boleh nak nangis sama ngan awak. saya takut saya boleh gelak je dengan awak.

Awak, ingat tak first time kita jumpa? depan rumah saya kan? first time saya tengok awak, first time saya tengok lesung pipit awak, awak comel sangat! rambut awak belah tepi macam ni. geram nak penyet. awak.. ingat tak mama marah? lepastu, saya gelak sebab awak kena marah? ingat tak? awak ingat tak kita exchange phone? saya ingat, kita comel sangat exchange phone kan.

awak ingat tak second time kita jumpa? kita janji nak jumpa dekat library pukul sebelas kan? tapi saya sampai pukul satu. sorry, tapi awak tunggu saya kan? walaupun saya diejek. tapi tak apa, asal boleh tengok awak. boleh lepas rindu saya ni. awak, ingat tak masa kita lunch awak cakap ada orang usha saya? awak terus berdiri tepi saya kan? awak ingat tak kita lunch sesama? awak ingat tak saya merajuk lepastu awak merajuk balik?

awak ingat tak time saya sakit. time tu baru dapat result kesihatan saya. saya ada penyakit. saya cakap dekat awak sorang je, awak ngan parent saya je yang tahu penyakit saya ni. awak ingat tak? saya kena pantang? awak ingat tak saya nak blackforest? awak ingat tak dengan sekelip mata awak sampai depan rumah saya bawak blackforest? rindu!

awak ingat tak time kita nak lunch sesama tapi awak malu duduk dengan saya. awak ingat tak kita lepak buat chemist sesama? awak ingat tak saya tunjuk awak mata saya. saya rindu, saya tunjuk mata coklat saya dekat awak. pastu saya kelip-kelip mata saya. awak.... saya pernah buat macamtu dekat awak sorang je. sumpah, saya tak pernah buat macam tu dekat orang lain. awak ingat tak kulit saya sensitive, kulit saya nyamuk gigit saya tunjuk dekat awak. tapi awak cakap sikit je. then saya cakap, 'biarlah sikitpun, nak mengadu dengan sayang' awak ingat tak? awak ingat tak kita nyanyi lagu Barney-I Love You sesama? awak ingat tak awak sanggup bangun pukul tiga sebab nak teman saya sakit kepala? saya ingat.....saya rindu.....

Akhir-akhirni semua lain, perangai saya yang ubah sikap awak. awak, senanye saya tak ada niat langsung. saya sayang awak. jujur cinta. last kita jumpa, saya nak cakap tentang hubungan kita ni. tapi kita jumpa kejap je. setengah jam. awak tak pandang saya, awak tak tengok anak mata saya macam dulu dah, saya rindu semua tu. tapi saya sedar. ni semua salah saya. saya mintak maaf walaupun saya tahu awak selalu maafkan saya sebelum saya mintak maafkan sayang?

Nak tahu satu rahsia? sebenarnya, saya janji dengan diri saya, saya nak jaga awak, nak buat awak rasa macam awaklah orang yang ada saya, tapi........sekarang saya tak pasti. awak, saya merayu dengan awak. jangan tinggalkan saya boleh? kalau awak tinggalkan saya, saya taknak makan ubat! saya taknak pantang!

Tapi, saya boleh berharap je, tu semua keputusan awak, tapi saya harap awak tahu yang saya sayang awak. saya rindu semua benda pasal awak. kalau boleh, saya nak je ulang masa, putar masa supaya saya boleh jaga awak, macam hawa jaga adam, macam khadijah jaga Muhammad SAW, macam Zulaikha jaga Yusoff.

Awak, sayang awak. sayang sangat. saya harap kita boleh balik macam dulu. Assalamualaikum cinta, muahh :*

No comments:

Post a Comment